Sunday, 6 December 2015

ENTRI 1
TENTANG DIRI


Hanis? Taat? Adakah adanya perkaitan antaranya?  Hanis menurut Islam bermaksud ‘taat’ atau ‘warak’. Merupakan anak lelaki kepada Suliyah binti Kanis dan Kadri bin Jemiron. Dilahirkan pada 9 September 1994. Salah seorang daripada anak jati Batu Pahat, Johor.  Kini mempunyai 5 adik-beradik tiri. Menerima pendidikan formal di Tadika KEMAS Parit Daun.  Seterusnya, alam sekolah rendah bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Puleh, Batu Pahat, pada tahun 2001. Pada pendidikan peringkat menengah, bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang dari 2007 sehingga 2011. Meneruskan pelajaran ke tahap lebih tinggi peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia di SMK Dato’ Seth, Yong Peng  untuk sesi 2012/2013. Di peringkat sekolah rendah, saya sering melibatkan diri dalam aktiviti konvoi berbasikal dianjurkan sempena hari kemerdekaan setiap tahun. Dari situ, ia telah menanamkan rasa sayang kepada negara Malaysia, dan semangat berjuang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air sendiri. Selain itu, saya pernah mewakili skuad sekolah rendah untuk bermain hoki pada peringkat daerah semasa di tahun 6, dan menyertai mini-jambori pengakap sekolah. Ia tidak terhenti disitu, saya pernah mewakili sekolah menengah beberapa kali untuk pertandingan kawat Pengakap daerah Batu Pahat.  Saya kerap kali membaca akhbar berbentuk online , dan tabloid untuk mendapatkan perkembangan semasa dalam negeri dan luar negara. Saya juga gemar untuk bersiar-siar di kampung atau sekitar kediaman dengan berbasikal.

            Saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah atau tenaga pengajar untuk bidang teknikal peringkat Sijil/Diploma Kemahiran Malaysia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun kini telah  menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Pertama dalam Komunikasi, perkara ini bukan penghalang untuk mencapai cita-cita  saya yang terdahulu, kerana minat yang mendalam terhadap bidang tersebut. . Terpulang pada saya mencorakkan ia bagaimana. Saya harap, saya akan merealisasikan impian saya pada masa hadapan.

No comments:

Post a Comment