ENTRI 1
TENTANG DIRI
Hanis?
Taat? Adakah adanya perkaitan antaranya?
Hanis menurut Islam bermaksud ‘taat’ atau ‘warak’. Merupakan anak lelaki
kepada Suliyah binti Kanis dan Kadri bin Jemiron. Dilahirkan pada 9 September
1994. Salah seorang daripada anak jati Batu Pahat, Johor. Kini mempunyai 5 adik-beradik tiri. Menerima
pendidikan formal di Tadika KEMAS Parit Daun.
Seterusnya, alam sekolah rendah bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Puleh,
Batu Pahat, pada tahun 2001. Pada pendidikan peringkat menengah, bersekolah di
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Mahmood Iskandar, Senggarang dari 2007
sehingga 2011. Meneruskan pelajaran ke tahap lebih tinggi peringkat Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia di SMK Dato’ Seth, Yong Peng untuk sesi 2012/2013. Di peringkat sekolah rendah,
saya sering melibatkan diri dalam aktiviti konvoi berbasikal dianjurkan sempena
hari kemerdekaan setiap tahun. Dari situ, ia telah menanamkan rasa sayang
kepada negara Malaysia, dan semangat berjuang untuk mempertahankan kedaulatan
tanah air sendiri. Selain itu, saya pernah mewakili skuad sekolah rendah untuk
bermain hoki pada peringkat daerah semasa di tahun 6, dan menyertai mini-jambori
pengakap sekolah. Ia tidak terhenti disitu, saya pernah mewakili sekolah
menengah beberapa kali untuk pertandingan kawat Pengakap daerah Batu
Pahat. Saya kerap kali membaca akhbar
berbentuk online , dan tabloid untuk
mendapatkan perkembangan semasa dalam negeri dan luar negara. Saya juga gemar
untuk bersiar-siar di kampung atau sekitar kediaman dengan berbasikal.
Saya bercita-cita untuk menjadi pensyarah
atau tenaga pengajar untuk bidang teknikal peringkat Sijil/Diploma Kemahiran
Malaysia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun kini telah menyambung pelajaran di peringkat Ijazah Pertama
dalam Komunikasi, perkara ini bukan penghalang untuk mencapai cita-cita saya yang terdahulu, kerana minat yang
mendalam terhadap bidang tersebut. . Terpulang pada saya mencorakkan ia bagaimana. Saya harap, saya akan
merealisasikan impian saya pada masa hadapan.